Isnin, 9 Jun 2014

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Tanggal 17 Mei 2009, sekali lagi SMKPP telah meraikan suatu majlis Sambutan Hari Guru secara besar-besaran. Tahniah dan Syabas kepada semua para guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan majlis tersebut. Tanpa kerjasama secara berpasukan, pastinya majlis ini tidak dapat berjalan lancar dan berjaya. Kepada anak-anak murid yang telah hadir dan memberikan kerjasama menyeluruh juga amat dibanggakan...Syabas kalian semua. Di antara aturcara perjalanan majlis adalah seperti berikut :
7.30 pg : Perarakan , Nyanyian Negara Ku, Bacaan Yaasin, Ucapan Wakil Pelajar & Perutusan-perutusan. Diikuti nyanyian hari Guru, acara pemotongan kek Hari Guru. Kemudian Sesi pergambaran semua warga pendidik SMKPP diikuti Sukaneka Pelajar & Guru. Majlis juga disajikan persembahan dari pelajar dan guru-guru yang mempunyai bakat terpendam (dalam diam ada isi). Majlis diakhiri dengan ucapan dari Pengerusi MGK dan jamuan untuk semua guru. Walaupun dalam keadaan yang panas dan keletihan, namun semangat kerjasama yang ditonjolkan oleh semua pihak telah membuahkan suatu output kepuasan perjalanan majlis yang tidak terhingga nikmatnya. Syabas kepada MGK SMKPP dalam menyusun atur perjalanan majlis sehingga berjaya. Majlis telah ditamatkan pada jam 2.45 pm dengan penyampaian hadiah bagi kuiz terbuka untuk pelajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan