



Selamat Tinggal Tahun 2009. Sebagai penutup aktiviti tahunan yang telah dirancang oleh MGK, pada 14 Nov 2009 bertempat di Radix Oriental Cuisine, seluruh warga MGKSMKPP telah mengadakan jamuan akhir tahun di sana. Ramai diantara warga smkpp yang pertama kali hadir ke Radix Oriental Cuisine dan telah menikmati hidangan ala Chinese, namun keriangan dan kemesraan tetap terjalin sewaktu menikmati hidangan tersebut. Tidak lain dan tidak bukan, aktiviti yang terancang adalah bermotifkan semangat berpasukan atau pembinaan ukhwah diantara satu sama lain dalam usaha untuk mendidik anak bangsa agar dapat memikul tanggungjawab membina 1 Malaysia amnya. Semoga aktiviti sebegini akan dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah sanggup menghadirkan diri dan memberi masa untuk MGKSMKPP serta ungkapan jutaan terima kasih kepada kepada pihak pengurusan yang tidak putus-putus memberi sokongan agar MGKSMKPP terus aktif dalam mengorak langkah kehadapan, insyallah. TERIMA KASIH SEMUA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan