Jumaat, 6 Februari 2009

Membina Laman blog

Terima kasih kepada Ahli J/Kuasa Masjid Bandar Puteri Jaya kerana telah berjaya melakasanakan satu program yang agak luar dari ruang lingkup agama iaitu Kursus Pembinaan Blog yang telah berlangsung pada Hari Sabtu 7 Feb 2009 berempat di Masjid Salman Al-Farisi.
Sememangnya era pembangunan dunia tanpa sempadan kini begitu pantas dan kepada individu yang mempunyai ilmu serta informasi yang terkini dan maksima adalah mereka yang bergerak terus ke hadapan meninggalkan mereka yang kurang informasi dan ilmu.
Oleh itu, langkah awal yang diambil oleh AJK Masjid Bandar Puteri ini adalah satu langkah positif yang patut dicontohi oleh lain-lain AJK Masjid atau surau dilain-lain tempat.
Kita lebarkan skop keagamaan serta ilmu agama ini melalui medium maya sejajar pembangunan dunia ict dikala ini.
Wallahualam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan